Soalan Lazim
Tapis mengikut
Ya, tepat sekali. Pelanggan U Biz 5G dengan peranti serasi 5G (Router, Modem atau Telefon Pintar) akan dapat menikmati potensi penuh rangkaian 5G kami tertakluk pada ketersediaan.
Ia merupakan perkhidmatan langganan jalur lebar 5G & 4G ultra-pantas baharu kami dengan data pantas tanpa had.
U Biz 5G menawarkan kelajuan tanpa had. Anda akan menikmati kelajuan sepantas mungkin apabila bersambung ke rangkaian kami.
Digital Nasional Berhad (DNB) menjamin kelajuan muat turun 100Mbps di seluruh rangkaian 5G Malaysia. Ini bermakna anda seharusnya boleh mencapai kelajuan muat turun sekurang-kurangnya 100Mbps dalam kawasan liputan 5G.
Ya, anda boleh kongsikan data U Biz 5G anda melalui Hotspot dengan tanpa sekatan peranti.
U Biz 5G ialah pelan SIM tanpa peranti.
Pengguna boleh merujuk kepada MyUMobile App untuk melihat penggunaan data anda.
Tiada deposit atau pembayaran pendahuluan diperlukan untuk pelanggan Individu Korporat dan pelanggan Akaun Korporat.
Warga asing perlu menyediakan RM500 dan membuat bayaran pendahuluan sebagai deposit semasa pendaftaran.
Selepas permohonan penamatan langganan, deposit anda akan dikembalikan semula kepada anda selepas 60 hari bekerja. Sila maklum bahawa kami akan mengimbangi deposit anda dengan jumlah bil terakhir dan sebarang caj lain yang berkaitan.
Anda tidak dibenarkan menukar pelan Pascabayar semasa anda kepada U Biz 5G dan perlu membuat pendaftaran baharu untuk U Biz 5G. Namun, pelan jalur lebar wayarles (WB48, WB68, WBB88, WB128) anda boleh ditukarkan kepada U Biz 5G. Tertakluk pada terma dan syarat.
- Sila layari laman web kami di https://www.u.com.my/bm/business/broadband/u-biz-5g
- Hubungi Pengurus Akaun Perusahaan atau Rakan Niaga Perusahaan kami berhampiran anda.
U Biz 5G boleh digunakan pada pelbagai peranti 5G dan/atau 4G LTE. Anda juga boleh menggunakannya dalam peranti pintar lain seperti telefon, tablet, kamera pintar dan penjejak GPS. U Mobile tidak bertanggungjawab sekiranya anda membeli peranti yang tidak serasi dengan U Biz 5G dari segi fungsi dan kelajuan. Sila periksa terlebih dahulu sebelum anda membuat pembelian.
Sebagai alternatif, anda boleh merasakan kelajuan U Biz 5G yang optimum dengan menggunakan router 5G yang diiktiraf di sini.
Maaf, U Biz 5G hanya menawarkan penggunaan data semata-mata.
Maaf, pelan ini hanya untuk kegunaan domestik sahaja (dalam Malaysia).
Tiada sebarang ikatan kontrak untuk pelan ini. Anda boleh tamatkan pada bila-bila masa tanpa dikenakan denda.
U Biz 5G didatangkan dengan kelajuan tanpa had. Sila maklum bahawa kami akan menguruskan kelajuan anda sekiranya berlaku sebarang penyalahgunaan atau penggunaan tinggi yang luar biasa.
P2P dan torrenting tidak dibenarkan pada U Biz 5G.
Kami mungkin mengehadkan kelajuan anda sekiranya mengesan penyalahgunaan atau penggunaan tinggi yang luar biasa melebihi 1,000GB.
Anda boleh layari https://www.u.com.my/en/business/broadband/u-home-5g#coverage-map untuk menyemak kawasan liputan.
Customers who register for U Biz 5G during the promo period will receive RM10 rebate off from the normal charges of RM78 per month. For your first month bill the rebate will be prorated according to your monthly charges and will automatically be reflected on your subsequent monthly bills.
The Launch Promo will be available until further notice.
Contact our Enterprise Account Manager or the Enterprise Partner near you.
This launch promo applies to anyone who subscribes to U Biz 5G during the promo period.
Your RM10 rebate expires when you terminate your U Biz 5G plan and the rebate will be prorated in your final bill.
- Apa itu "Percuma Router 5G Wi-Fi 6 dengan U Biz 5G"?
"Percuma Router 5G Wi-Fi 6 dengan U Biz 5G" adalah promosi yang membolehkan anda menikmati Router 5G Wi-Fi 6 dengan percuma apabila anda mendaftar U Biz 5G, tertakluk pada Tempoh Komitmen Minimum.
- Bagaimana cara untuk saya menggunakan Router?
Daftar U Biz 5G dan masukkan SIM ke dalam Router. Dalam beberapa minit, anda akan disambungkan ke internet.
- Berapa lama Tempoh Komitmen Minimum
Tempoh Komitmen Minimum adalah 24 bulan.
- SIM apa yang akan berfungsi dengan Router?
Router hanya berfungsi dengan SIM U Biz 5G.
- Kenapa Router saya nampak berbeza?
Imej yang dipaparkan adalah untuk tujuan ilustrasi dan mungkin bukan gambaran tepat untuk produk yang dihantar.
- Adakah saya boleh memilih model Router saya?
Tidak, Router akan diberikan secara rawak dan bergantung pada ketersediaan stok.
- Adakah Router akan berfungsi di kawasan liputan 4G sahaja?
Ya, Router akan berfungsi di kedua-dua kawasan 5G dan 4G.
- Siapa yang layak mendaftar untuk Router dengan U Biz 5G?
Sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun dan ke atas, pada tarikh pendaftaran menetap dalam kawasan liputan perkhidmatan di Malaysia tanpa sebarang bayaran tertunggak dengan U Mobile.
- Bolehkah pelanggan U Biz 5G sedia ada mengambil Router percuma?
Ya, anda boleh berbuat demikian melalui mana-mana Saluran Perusahaan kami dan mendaftar untuk Tempoh Komitmen Minimum.
- Adakah U Mobile berhak untuk menukar kriteria kelayakan?
Ya, U Mobile berhak untuk menukar kriteria kelayakan jika perlu.
- Berapakah deposit yang diperlukan untuk bukan warganegara Malaysia?
Untuk bukan warganegara Malaysia, deposit sebanyak RM500 diperlukan untuk layak mendapatkan Router percuma.
- Adakah terdapat sebarang peruntukan untuk membawa sebahagian daripada Yuran Bulanan ke bulan-bulan berikutnya?
Tidak, Yuran Bulanan mesti dibayar sepenuhnya walaupun perkhidmatan tidak digunakan secara menyeluruh.
- Bagaimanakah cara untuk menamatkan Kontrak atau perkhidmatan saya?
Anda boleh kunjungi Pusat Khidmat Pelanggan U Mobile terdekat atau hubungi Pengurus Akaun Perusahaan atau Rakan Kongsi Perusahaan untuk membuat penamatan. Yuran penamatan awal baki kontrak yang selebihnya dikenakan jika ditamatkan sebelum Tempoh Komitmen Minimum.
- Saya terlupa kata laluan Wi-Fi untuk Router. Bagaimana cara untuk saya mendapatkannya semula?
Kata laluan Wi-Fi boleh didapati pada pelekat di bawah Router.
- Apakah makna lampu status pada Router?
Sila rujuk panduan ini untuk ketahui status Router atau rujuk Quick Start Guide yang disertakan bersama Router.
| No |
Penunjuk |
Merah 🔴 |
Putih ⚪ |
Hijau 🟢 |
Putih Berkelip ⚪ |
|---|---|---|---|---|---|
| 1 | Rangkaian |
|
Peranti disambungkan ke rangkaian 5G | Peranti disambungkan ke rangkaian 4G | Perisian sedang dikemas kini |
| 2 | Wi-Fi |
- |
Wi-Fi berfungsi dengan normal |
WPS diaktifkan | - |
| 3 | Power |
- | Peranti dihidupkan |
- |
- |
- Bagaimana cara untuk memasukkan kad SIM ke dalam Router?
Sila rujuk panduan ini untuk ketahui bagaimana untuk memasukkan kad SIM ke dalam Router
- Berapa lama Router ini dilindungi oleh waranti?
Router ini dilindungi selama 24 bulan bermula dari titik permulaan kontrak.
- Bagaimana saya membuat tuntuan waranti?
Hubungi Pengurus Akaun Perusahaan atau Rakan Kongsi Perusahaan masing-masing untuk memproses tuntutan waranti. Sebagai alternatif, hubungi pasukan Khidmat Pelanggan kami di 018-388 1318 untuk memproses tuntutan waranti Router anda.
Tidak, tiada tempoh kontrak tetap.
Tambahan IP Tetap dikenakan caj RM200 sebulan dan akan tertera dalam bil bulanan anda.
Jika pelan U Biz 5G anda ditamatkan, perkhidmatan IP Tetap anda juga akan ditamatkan secara automatik. Untuk terus menggunakan IP Tetap, anda perlu mengekalkan langganan U Biz 5G yang aktif.
Anda perlu menetapkan tetapan APN pada router atau peranti anda. APN: my3gpub
Ya, anda boleh menggunakan router atau peranti anda sendiri yang sesuai. Walau bagaimanapun, anda perlu memastikan ia membenarkan konfigurasi APN secara manual. Sila rujuk manual pengguna peranti anda untuk arahan penyediaan.
U Mobile menyediakan router 5G terpilih untuk pelanggan yang memilih peranti bersama. Jika anda menggunakan router yang disediakan oleh U Mobile, sila ikuti panduan penyediaan kami di sini.
Setelah anda mengkonfigurasi peranti anda dengan tetapan APN yang betul, anda boleh semak IP Tetap yang diberikan dengan melawat laman web pemeriksa IP awam (contohnya, https://whatismyipaddress.com). IP yang dipaparkan sepatutnya sepadan dengan yang diberikan kepada anda.
Jika anda menghadapi masalah, sila:
- Pastikan peranti anda disambungkan ke rangkaian dan tetapan APN telah dikonfigurasikan dengan betul.
- Hidupkan semula router anda dan cuba lagi.
- Hubungi Kumpulan Sokongan U Business di enterprise.support@u.com.my untuk bantuan lanjut.
- Apakah 5G OFFICE PLUS dengan 5G Router?
Ini ialah perkhidmatan pakej di mana anda melanggan 5G OFFICE PLUS bersama sebuah 5G Router. Router disertakan sebagai sebahagian daripada pakej dan tertakluk kepada tempoh komitmen 24 bulan.
- Bagaimana cara menggunakan Router?
Masukkan SIM 5G OFFICE PLUS ke dalam Router. Dalam beberapa minit, sambungan internet akan tersedia.
- Apakah tempoh komitmen?
Tempoh komitmen adalah 24 bulan dari tarikh pengaktifan pakej.
- SIM apakah yang boleh digunakan dengan Router?
Router hanya berfungsi dengan SIM 5G OFFICE PLUS.
- Mengapa rupa Router berbeza daripada gambar?
Imej produk adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin tidak sepenuhnya mewakili peranti sebenar.
- Bolehkah saya memilih model Router?
Tidak. Pengagihan Router adalah rawak dan tertakluk kepada ketersediaan stok.
- Adakah Router boleh digunakan di kawasan liputan 4G sahaja?
Ya. Router serasi dengan rangkaian 5G dan 4G.
- Bagaimana saya boleh menyemak kawasan liputan 5G OFFICE PLUS?
Lawati Peta Liputan U Mobile untuk semakan kawasan liputan.
- Apakah WebGuard?
WebGuard ialah ciri keselamatan terbina dalam yang membantu menyekat akses ke laman web berbahaya, berunsur penipuan, scam dan kandungan tidak sesuai apabila menggunakan pelan 5G OFFICE PLUS.
- Apakah jenis laman web yang disekat oleh WebGuard?
WebGuard boleh menyekat laman web berkaitan scam, phishing, malware, kandungan haram, spam dan kandungan dewasa. Senarai kategori ini boleh dikemas kini dari semasa ke semasa.
- Adakah WebGuard menjamin perlindungan sepenuhnya?
WebGuard menyediakan lapisan perlindungan tambahan, namun tidak menjamin perlindungan sepenuhnya dan disarankan digunakan bersama penyelesaian keselamatan lain.
- Apakah itu Unlimited Biz Apps?
Unlimited Biz Apps ialah ciri yang membolehkan penggunaan aplikasi perniagaan terpilih tanpa menggunakan kuota data 5G OFFICE PLUS anda.
- Aplikasi apakah yang termasuk?
Antara aplikasi terpilih: TikTok, Xiaohongshu, Microsoft Teams, OneDrive & Office Apps, Google Meet, Google Drive, Google Chat, Zoom dan WhatsApp. Senarai aplikasi tertakluk kepada perubahan dan pengesanan penggunaan dilakukan oleh sistem.
- Adakah semua penggunaan aplikasi adalah tanpa had?
Tidak. Hanya penggunaan aplikasi yang disenaraikan tidak menggunakan kuota data. Aplikasi lain akan menggunakan data pelan anda.
- Siapakah yang layak mendaftar 5G OFFICE PLUS + Router?
Anda mesti, Berumur 18 tahun ke atas, Warganegara Malaysia, Dalam kawasan liputan perkhidmatan & tiada tunggakan bayaran dengan U Mobile
- Bolehkah pelanggan sedia ada 5G OFFICE PLUS SIM-Only menambah Router?
Ya. Pelanggan boleh menaik taraf ke pakej Router melalui mana-mana Saluran Enterprise, tertakluk kepada komitmen 24 bulan.
- Bolehkah U Mobile mengubah syarat kelayakan?
Ya. U Mobile berhak mengemas kini kriteria kelayakan apabila perlu.
- Bagaimana saya boleh menamatkan kontrak atau perkhidmatan?
Anda boleh hadir ke Pusat Servis U Mobile terdekat, menghubungi Pengurus Akaun Enterprise anda, atau rakan niaga Enterprise.
- Adakah terdapat caj penamatan awal?
Ya. Jika pakej ditamatkan sebelum tamat tempoh 24 bulan, baki kontrak akan dikenakan sebagai Caj Penamatan Awal.
- Saya terlupa kata laluan Wi-Fi. Bagaimana saya boleh mendapatkannya?
Kata laluan Wi-Fi dicetak pada pelekat di bahagian bawah Router.
- Berapa lama tempoh waranti Router?
Router dilindungi waranti selama 24 bulan dari tarikh pengaktifan pakej.
- Bagaimana untuk membuat tuntutan waranti?
Hubungi Pengurus Akaun Enterprise, Rakan Niaga Enterprise, atau Khidmat Pelanggan di 018-388 1318.
- Adakah 5G OFFICE PLUS pelan yang sedia untuk 5G?
Ya. Pelanggan 5G OFFICE PLUS yang menggunakan peranti 5G yang serasi boleh menikmati sepenuhnya potensi rangkaian 5G kami, tertakluk kepada ketersediaan liputan.
- Apakah itu pelan 5G OFFICE PLUS?
Ia merupakan perkhidmatan langganan jalur lebar 5G & 4G berkelajuan ultra pantas dengan data berkelajuan tinggi tanpa had.
- Apakah kelajuan yang boleh dijangkakan?
5G OFFICE PLUS menawarkan kelajuan tanpa had (uncapped) dan anda akan menikmati kelajuan maksimum yang tersedia di rangkaian kami.
- Bolehkah saya berkongsi data melalui Hotspot dan apakah kuotanya?
Ya. Anda boleh berkongsi data 5G OFFICE PLUS melalui Hotspot tanpa sekatan peranti. Peruntukan data standard dan Polisi Penggunaan Saksama (Fair Usage Policy) adalah terpakai.
- Adakah pelan 5G OFFICE PLUS (SIM-only) disertakan dengan router?
Tidak. Pelan SIM-only tidak termasuk router. Pelanggan yang memerlukan router 5G boleh memilih pakej 5G OFFICE PLUS dengan Router, yang hadir dengan kontrak 24 bulan.
- Bolehkah saya melihat penggunaan data?
Ya. Anda boleh menyemak penggunaan data melalui aplikasi MyUMobile atau BusinessCare Portal.
- Bolehkah saya menukar pelan Postpaid sedia ada kepada 5G OFFICE PLUS?
Tidak. Pelan Postpaid mudah alih standard tidak boleh ditukar kepada 5G OFFICE PLUS. Namun, pelanggan Wireless Broadband (WBB) sedia ada boleh membuat migrasi tertakluk kepada Terma & Syarat termasuk penyelesaian bayaran tertunggak.
- Apakah peranti yang serasi dengan 5G OFFICE PLUS?
5G OFFICE PLUS berfungsi dengan peranti 5G dan 4G LTE seperti: router, modem, telefon pintar, tablet, kamera pintar dan penjejak GPS. Sila pastikan peranti anda serasi sebelum pembelian. U Mobile tidak bertanggungjawab jika peranti anda tidak menyokong perkhidmatan ini.
- Adakah pelan ini termasuk SMS dan panggilan suara/video?
Tidak. 5G OFFICE PLUS adalah untuk penggunaan data sahaja.
- Bolehkah data digunakan di luar negara?
Tidak. Pelan ini hanya untuk penggunaan domestik di Malaysia.
- Adakah terdapat kontrak langganan?
Pelan SIM-only: Tiada kontrak — boleh dibatalkan pada bila-bila masa tanpa penalti.
Pelan dengan Router: Kontrak 24 bulan.
- Adakah terdapat had kelajuan?
5G OFFICE PLUS menawarkan kelajuan tanpa had. Namun, kelajuan akan diuruskan sekiranya terdapat penyalahgunaan atau penggunaan luar biasa yang terlalu tinggi.
- Adakah P2P dibenarkan?
Tidak. Aktiviti P2P dan torrent tidak dibenarkan.
- Adakah terdapat sekatan kelajuan?
Kami mungkin mengehadkan kelajuan jika penggunaan melebihi 1,500GB atau terdapat penyalahgunaan.
- Bagaimana menyemak kawasan liputan?
Sila lawati Peta Liputan U Mobile untuk semakan kawasan.
- Apakah WebGuard?
WebGuard ialah ciri keselamatan terbina dalam yang membantu menyekat akses ke laman web berbahaya, berunsur penipuan, scam dan kandungan tidak sesuai apabila menggunakan pelan 5G OFFICE PLUS.
- Apakah jenis laman web yang disekat oleh WebGuard?
WebGuard boleh menyekat laman web berkaitan scam, phishing, malware, kandungan haram, spam dan kandungan dewasa. Senarai kategori ini boleh dikemas kini dari semasa ke semasa.
- Adakah WebGuard menjamin perlindungan sepenuhnya?
WebGuard menyediakan lapisan perlindungan tambahan, namun tidak menjamin perlindungan sepenuhnya dan disarankan digunakan bersama penyelesaian keselamatan lain.
- Apakah itu Unlimited Biz Apps?
Unlimited Biz Apps ialah ciri yang membolehkan penggunaan aplikasi perniagaan terpilih tanpa menggunakan kuota data 5G OFFICE PLUS anda.
- Aplikasi apakah yang termasuk?
Antara aplikasi terpilih: TikTok, Xiaohongshu, Microsoft Teams, OneDrive & Office Apps, Google Meet, Google Drive, Google Chat, Zoom dan WhatsApp. Senarai aplikasi tertakluk kepada perubahan dan pengesanan penggunaan dilakukan oleh sistem.
- Adakah semua penggunaan aplikasi adalah tanpa had?
Tidak. Hanya penggunaan aplikasi yang disenaraikan tidak menggunakan kuota data. Aplikasi lain akan menggunakan data pelan anda.
Tidak. Tiada tempoh kontrak tetap untuk add-on Fixed IP.
Add-on Fixed IP untuk 5G OFFICE / 5G OFFICE PLUS dikenakan RM50 sebulan.
Jika pelan 5G OFFICE PLUS ditamatkan, perkhidmatan Fixed IP akan ditamatkan secara automatik. Untuk terus menggunakan Fixed IP, anda mesti mengekalkan langganan aktif 5G OFFICE PLUS.
Tidak perlu. Fixed IP akan diberikan secara automatik apabila peranti anda bersambung ke rangkaian.
Anda boleh menyemak Fixed IP yang diberikan dengan melayari laman web semakan IP awam (seperti whatismyipaddress.com). IP yang dipaparkan sepatutnya sepadan dengan Fixed IP anda.
Sila lakukan langkah berikut:
- Pastikan peranti anda bersambung ke rangkaian
- Mulakan semula router dan cuba sekali lagi
- Hubungi pasukan Sokongan Perniagaan U Mobile di enterprise.support@u.com.my untuk bantuan lanjut
Apakah itu ULTRA Business WiFi?
ULTRA Business WiFi adalah perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar perniagaan yang ditawarkan oleh U Mobile. Ia menyediakan sambungan data untuk kegunaan internet perniagaan dan tersedia sebagai:
- Pelan SIM sahaja (data sahaja), atau
- Berkas Penghala 5G (SIM + modem-penghala dengan komitmen)
Apakah pelan yang tersedia dan apakah perbezaannya?
| Pelan | Data FUP | Ciri-ciri | Pakej Router |
|---|---|---|---|
ULTRA Business WiFi 78 | 1,500GB | WebGuard, Biz Apps Tanpa Had | Pilihan pakej router WiFi 6-class 5G |
ULTRA Business WiFi 68 | 1,000GB | Tiada ciri pakej router tambahan | Pilihan pakej router WiFi 6-class 5G |
Pakej router (jika dipilih) disertakan dengan peranti dan komitmen selama 24 bulan.
Di manakah saya boleh menggunakan ULTRA Business WiFi?
Perkhidmatan ini tersedia di kawasan liputan yang disokong oleh rangkaian U Mobile. Ketersediaan sebenar bergantung kepada liputan rangkaian dan keupayaan peranti.
Bagaimanakah cara untuk menyemak liputan?
Anda boleh menyemak liputan rangkaian dengan melayari Peta Liputan U Mobile.
Apakah itu pelan SIM sahaja?
Pelan SIM sahaja adalah perkhidmatan data sahaja tanpa sebarang peranti disertakan. Anda mesti menggunakan SIM tersebut di dalam modem atau router yang serasi untuk sambungan.
Adakah terdapat kontrak untuk SIM sahaja?
Pelan SIM sahaja secara amnya ditawarkan tanpa komitmen peranti melainkan dinyatakan sebaliknya dalam terma produk.
Bagaimanakah cara menggunakan pelan SIM sahaja?
Masukkan SIM ke dalam modem atau router yang serasi. Sebaik sahaja diaktifkan dan berada di dalam kawasan liputan, peranti akan disambungkan ke internet secara automatik.
Apakah peranti yang serasi?
SIM ini berfungsi dengan peranti yang mempunyai keupayaan sambungan 4G LTE atau 5G. Keserasian bergantung kepada spesifikasi peranti.
Apakah itu pakej router 5G?
Pakej router 5G adalah tawaran pakej yang merangkumi:
- SIM ULTRA Business WiFi
- Peranti modem-router 5G
Peranti disediakan sebagai sebahagian daripada pakej dengan tempoh komitmen selama 24 bulan.
Berapakah tempoh komitmen?
Tempoh komitmen adalah 24 bulan dari tarikh pengaktifan pakej. Yuran penamatan awal mungkin dikenakan jika perkhidmatan ditamatkan sebelum tempoh komitmen tamat.
Bagaimanakah cara menggunakan router?
Masukkan SIM ULTRA Business WiFi ke dalam peranti modem-router 5G yang disediakan. Hidupkan kuasa dan tunggu beberapa minit untuk sambungan rangkaian. Anda kemudiannya boleh menyambungkan peranti melalui WiFi atau LAN.
Apakah jenis SIM yang berfungsi dengan router ini?
Router ini dikonfigurasi untuk berfungsi hanya dengan SIM ULTRA Business WiFi yang dikeluarkan oleh U Mobile.
Bolehkah saya memilih model router saya?
Tidak. Pengagihan router adalah tertakluk kepada ketersediaan stok dan mungkin digantikan dengan peranti yang mempunyai keupayaan setanding mengikut budi bicara kami.
Mengapakah rupa bentuk router saya berbeza?
Imej produk adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Peranti yang dihantar mungkin berbeza dari segi rupa bentuk tetapi akan memenuhi keupayaan yang dinyatakan.
Adakah router ini akan berfungsi di kawasan 4G sahaja?
Ya. Router ini serasi dengan kedua-dua rangkaian 4G dan 5G. Jika rangkaian 5G tidak tersedia, ia akan disambungkan ke rangkaian 4G.
Apakah itu tempoh penggunaan minimum?
Ia adalah tempoh 90 hari yang bermula apabila pelanggan melanggan atau menaik taraf ke pelan ULTRA Business WiFi. Sepanjang tempoh ini, pelanggan tidak dibenarkan untuk menurunkan taraf (downgrade) pelan.
Kelayakan – SIM sahaja
Pendaftaran tersedia untuk akaun Syarikat Korporat (CC) atau Individu Korporat (CI) yang layak, dengan syarat anda berumur sekurang-kurangnya 18 tahun, warganegara Malaysia, berada dalam kawasan liputan, dan tidak mempunyai bayaran tertunggak.
Bolehkah pelanggan SIM sahaja sedia ada menaik taraf ke pakej router 5G?
Ya. Pelanggan SIM sahaja sedia ada boleh menaik taraf ke pakej router 5G melalui saluran yang dibenarkan, tertakluk kepada kelayakan dan penerimaan komitmen 24 bulan.
Bolehkah kriteria kelayakan berubah?
Ya. Keperluan kelayakan boleh dikemas kini mengikut syarat produk dan keperluan perniagaan.
Bagaimanakah cara untuk saya menamatkan kontrak atau perkhidmatan?
Anda boleh hadir ke Pusat Perkhidmatan U Mobile terdekat, menghubungi Pengurus Akaun Perusahaan anda, atau Rakan Niaga Perusahaan anda.
Adakah terdapat sebarang yuran untuk penamatan awal?
Ya. Jika pakej ditamatkan sebelum komitmen 24 bulan tamat, anda akan dikenakan baki kontrak yang tinggal sebagai Yuran Penamatan Awal.
Saya terlupa kata laluan WiFi saya. Bagaimanakah cara untuk mendapatkannya semula?
Kata laluan WiFi dicetak pada pelekat di bahagian bawah router anda.
Berapa lamakah tempoh waranti router?
Router dilindungi selama 24 bulan dari tarikh pengaktifan pakej.
Bagaimanakah cara untuk membuat tuntutan waranti?
Hubungi Pengurus Akaun Perusahaan, Rakan Niaga Perusahaan, atau Perkhidmatan Pelanggan di 018-388 1318 untuk memproses tuntutan waranti anda.
Apakah itu WebGuard?
WebGuard adalah ciri keselamatan yang membantu menyekat akses ke laman web yang berbahaya atau berniat jahat apabila menggunakan pelan ULTRA Business WiFi 78 yang menyertakan ciri ini.
Apakah jenis laman web yang disekat oleh WebGuard?
WebGuard mungkin menyekat laman web yang berkaitan dengan penipuan (scam), phishing, perisian hasad (malware), kandungan haram, spam dan kandungan dewasa. Senarai kategori yang disekat mungkin dikemas kini dari semasa ke semasa.
Adakah WebGuard menjamin perlindungan lengkap?
WebGuard boleh menyekat tapak web yang berkaitan dengan penipuan, pancingan data, perisian hasad, kandungan haram, spam dan kandungan dewasa. Senarai kategori yang disekat mungkin dikemas kini dari semasa ke semasa.
Apakah itu Biz Apps Tanpa Had?
Biz Apps Tanpa Had adalah ciri berkas yang membolehkan aplikasi perniagaan terpilih digunakan tanpa menggunakan kuota data anda pada pelan yang berkaitan.
Apakah aplikasi yang termasuk?
Aplikasi terpilih termasuk:
- Microsoft Teams, OneDrive, aplikasi Office
- Google Meet, Google Drive, Google Chat
- Zoom, WhatsApp, TikTok, Xiaohongshu
Adakah semua penggunaan aplikasi saya akan menjadi tanpa had?
Tidak. Hanya penggunaan daripada aplikasi yang ditetapkan sahaja yang dikecualikan daripada kuota data anda. Aplikasi dan perkhidmatan lain akan menggunakan peruntukan data pelan anda.
Ini ialah tawaran masa terhad di mana anda akan menerima Router 5G WiFi 7 Indoor PERCUMA (bernilai RM1,299) apabila anda melanggan pelan ULTRA Business WiFi 78 atau ULTRA Business WiFi Borneo 78 dengan kontrak 24 bulan.
- Pendaftaran talian baharu sahaja
- Terpakai untuk ULTRA Business WiFi 78 dan ULTRA Business WiFi Borneo 78
- Terbuka kepada Pelanggan Korporat (CC) dan Individu Korporat (CI)
Promosi ini tersedia untuk tempoh terhad dari Mei hingga Julai 2026, atau selagi stok masih ada.
U Mobile berhak untuk menamatkan atau mengubah promosi ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
Anda akan menerima Router 5G WiFi 7 Indoor (Huawei H165), direka untuk memberikan sambungan yang pantas, stabil dan berkapasiti tinggi untuk kegunaan perniagaan.
WiFi 7 ialah teknologi WiFi terkini yang menawarkan kelajuan lebih pantas, latensi lebih rendah, dan prestasi lebih baik dalam persekitaran dengan banyak peranti yang disambungkan.
Ini bermakna panggilan video lebih lancar, muat turun lebih pantas, dan sambungan yang lebih konsisten.
Router ini menyokong sehingga 128 peranti secara serentak, menjadikannya sesuai untuk pejabat, kedai runcit, dan persekitaran penggunaan tinggi yang menjalankan pelbagai aplikasi pada masa yang sama.
Penyediaan adalah mudah:
- Masukkan kad SIM
- Hidupkan router
- Sambung ke WiFi menggunakan nama rangkaian (SSID) dan kata laluan pada label peranti.
Tidak. Router ini serasi ke belakang dan boleh digunakan dengan peranti sedia ada (WiFi 6, WiFi 5 dan versi terdahulu).
Peranti yang serasi dengan WiFi 7 hanya diperlukan untuk menikmati prestasi maksimum sepenuhnya.
Letakkan router di kawasan tengah yang terbuka, jauh daripada dinding atau halangan, untuk memastikan liputan isyarat dan prestasi yang lebih baik.
11.7Gbps ialah keupayaan maksimum router, bukan kelajuan yang dijamin.
Kelajuan sebenar bergantung kepada faktor seperti keadaan rangkaian, liputan, lokasi, keupayaan peranti, bilangan peranti yang disambungkan, dan persekitaran.
Caj penamatan awal (ETP) akan dikenakan. Penalti dikira berdasarkan baki bulan kontrak anda dan nilai pro-rata router WiFi 7 yang disertakan.
U Biz Fibre is U Mobile’s high-speed fibre-optic internet solution designed for businesses of all sizes — from SMEs to large enterprises, including retail outlets and other industries.
We offer a range of speed packages to suit your business needs, typically from 100Mbps up to 10Gbps.
| Speed | Price / Month |
|---|---|
100 Mbps |
RM129 |
500 Mbps |
RM199 |
| 1 Gbps | RM299 |
| 10 Gbps | RM1,899 |
All U Biz Fibre plans come with a 24-month contract.
Absolutely. Our Business team can help assess your needs and recommend the plan best suited for your usage, office size, and growth goals. Simply leave your contact details on our website, and an Account Manager will get in touch for a free consultation.
You will receive a business-grade Wi-Fi 6 or Wi-Fi 7 router, along with professional installation by our team. Optional add-ons, such as a static IP, are also available.
No. Standard installation is provided at no additional cost. If you require non-standard work, such as hidden cabling, additional charges may apply. Don’t worry, you’ll be able to discuss your preferences and the cost directly with the contractor.
Yes, you may use your own Wi-Fi router. You will need to perform the configuration yourself.
Yes. You may upgrade your plan at any time. A new 24-month contract term will apply to the upgraded plan.
No, downgrading or cancelling your plan during the contract period is not allowed. An early termination fee of RM500 or the remaining contract value – whichever is higher – will apply.
Yes. From time to time, we run exclusive promotions, such as up to 12 months free service or monthly fee rebates. Please contact us or visit our website to view the latest offers.
You can leave your contact details on our website or visit any U Mobile branch. Our Account Manager will then contact you to guide you through the next steps.
Ultra Unlimited Biz Wireless Broadband kini telah ditingkatkan untuk menawarkan Data Tanpa Had untuk kolaborasi, produktiviti dan gaya hidup anda. Kami juga telah meningkatkan kuota asas untuk keperluan pembelajaran dari rumah dan bekerja dari rumah.
Pelan Ultra Unlimited Biz Wireless Broadband terbuka untuk semua pelanggan baharu dan sedia ada.
Tidak ada kontrak yang terikat dengan pelan Ultra Unlimited Biz Wireless Broadband. Anda boleh membatalkannya bila-bila masa tanpa sebarang penalti.
Sila lihat yuran bulanan untuk setiap pelan di bawah:
| Nama Pelan | Yuran Bulanan |
|---|---|
| WB 48 Biz | RM48 |
| WB 68 Biz | RM68 |
| WB 88 Biz | RM88 |
| WB 128 Biz | RM128 |
Untuk pelanggan U Mobile sedia ada, anda berhak mendapat rebat 50% daripada bayaran bulanan selama 24 bulan sekiranya anda mendaftar untuk pelan Wireless Broadband WB68 Biz, WB88 Biz dan WB128 Biz dalam tempoh promosi.
Rebat ini hanya sah jika anda mempunyai GX68 Biz sedia ada dan pelan mudah alih dengan U Mobile yang ke atas.
Rebat bulanan 50% akan dinyatakan pada bil bulanan anda.
Tempoh promosi adalah dari 11 Mac dan seterusnya sehingga diberitahu kelak.
Anda tidak akan layak mendapat rebat yuran bulanan 50% jika anda membatalkan pelan mudah alih GX68 Biz dan ke atas yang sedia ada sebelum tempoh rebat pelan Ultra Unlimited Biz Wireless Broadband 24 bulan.
Anda perlu membayar yuran bulanan penuh untuk pelan WB68 Biz, WB88 Biz dan WB128 Biz Wireless Broadband.
Untuk bulan berikutnya, anda akan membayar yuran bulanan penuh untuk pelan WB68 Biz, WB88 Biz dan WB128 Biz Wireless Broadband.
Tidak akan ada kontrak sekiranya anda mendaftar untuk pelan Wireless Broadband dengan rebat 50%. Anda boleh membatalkannya bila-bila masa tanpa sebarang penalti.
Lihat jadual di bawah untuk kegunaan kuota anda:
| Nama Pelan | Data Tanpa Had | Semua Kuota Penggunaan |
|---|---|---|
| WB48 Biz | Kolaborasi | 20GB |
| WB68 Biz | Kolaborasi, Produktiviti | 30GB |
| WB88 Biz | Kolaborasi, Produktiviti, Gaya Hidup | 50GB |
| WB128 Biz | Kolaborasi, Produktiviti, Gaya Hidup | 150GB |
Sila lihat jadual di bawah untuk penggunaan data anda:
| Kategori | Aplikasi |
|---|---|
| Kolaborasi | Google Meet and Zoom |
| Produktiviti | Microsoft Office365 (Teams, Outlook, Exchange, OneDrive, Sharepoint, Word, Excel, Powerpoint, Access and Publisher) |
| Gaya Hidup | Shopee, Lazada, MLBB, Garena CoDM and Garena FreeFire |
Semua kuota yang tidak digunakan akan hilang pada akhir kitaran bil anda dan kuota akan ditetapkan semula untuk kitaran bil seterusnya.
Wireless Broadband hanya untuk penggunaan di Malaysia sahaja.
Tiada. Wireless Broadband hanya untuk penggunaan data sahaja. Anda juga boleh menggunakan datanya untuk tablet.
Ya, bayaran pendahuluan akan dicaj kepada bil bulan pertama. Sila lihat jadual di bawah untuk butiran yuran:
| Nama Pelan | Yuran Pendahuluan |
|---|---|
| WB 48 Biz | RM48 |
| WB 68 Biz | RM68 |
| WB 88 Biz | RM88 |
| WB 128 Biz | RM128 |
Anda boleh memuat turun Aplikasi MyUMobile ke telefon, log masuk dengan nombor Wireless Broadband anda untuk memantau penggunaan data.
Anda boleh menggunakan peranti anda sendiri untuk menggunakan pelan Wireless Broadband. Walau bagaimanapun, peranti Mifi milik kami ditawarkan sekiranya anda ingin membeli daripada kami.
Anda tidak akan terikat dengan kontrak. Pembelian peranti adalah pembelian langsung.
Anda boleh menghantar peranti Mifi ke pusat servis pengeluar peranti untuk tuntutan jaminan.
Tidak perlu. Anda boleh menggunakan peranti anda sendiri. Sebagai alternatif, jika anda tidak mempunyai peranti, anda boleh membeli Peranti Mifi daripada U Mobile secara langsung dan tanpa kontrak.
Tidak Dapat Mencari Bantuan Yang Diperlukan?
Hubungi Rakan Niaga Perusahaan
Get in touch with your Key Account Manager for urgent assistance.